TATACARA PENGIKTIRAFAN ORANG YANG BERKELAYAKAN UNTUK MENGELUARKAN SUATU PERAKUAN PEMATUHAN DI BAWAH SEKSYEN 47 AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 [AKTA 655]
Tatacara ini adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada mana-mana orang yang layak bagi memohon pengiktirafan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara sebagai “Orang Yang Berkelayakan” untuk mengeluarkan suatu perakuan pematuhan sistem bekalan air atau sistem pembetungan atau sebahagian daripada sistem itu di bawah Seksyen 47 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655].
Kementerian: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (KASA).
Agensi: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
Lokasi: JOHOR, KEDAH, KELANTAN, W.PERSEKUTUAN (KL), LABUAN, MELAKA, NEGERI SEMBILAN, PAHANG, PUTRAJAYA, PERLIS, PULAU PINANG, PERAK, SABAH, SELANGOR, SARAWAK, TERENGGANU