Garis panduan ini bertujuan untuk memastikan hanya kontraktor gas yang berkelayakan dan mahir yang dibenarkan menjalankan kerja-kerja pemasangan, pembinaan, pengujian, penyelenggaraan, pembaikan, dan pengendalian talian paip atau pepasangan gas. Melalui sistem kelasifikasi yang ditetapkan (Kelas A, B, C, dan D), garis panduan ini membantu mengawal dan memastikan bahawa kontraktor mempunyai kemahiran yang sesuai dengan skop kerja yang mereka lakukan, dengan memberikan perhatian khusus kepada keselamatan dan kualiti kerja dalam industri gas.
Kementerian: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
Agensi: Suruhanjaya Tenaga (ST)
Lokasi: JOHOR, KEDAH, KELANTAN, W.PERSEKUTUAN (KL), LABUAN, MELAKA, NEGERI SEMBILAN, PAHANG, PUTRAJAYA, PERLIS, PULAU PINANG, PERAK, SABAH, SELANGOR, SARAWAK, TERENGGANU