Akta Bekalan Gas 1993 ( Akta 501 ) dan Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 1997 telah mula berkuatkuasa pada 17 Julai 1997. Dengan berkuatkuahsanya perundangan ini, aktiviti aktiviti pengagihan gas hidrokarbon melalui paip, pembekalannya kepada pengguna-pengguna serta penggunaannya telah dapat dikawalselia oleh pihak penguatkuasa. Tujuan pengawalseliaan ini ialah untuk memastikan supaya kepentingan semua pihak yang terbabit, iaitu pihak industri bekalan gas, pengguna dan orang awam, dalam aspek-aspek keselamatan, ekonomi, reliabiliti, kualiti dan kecekapan adalah sentiasa terpelihara.
Kementerian: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (KETSA)
Agensi: Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG)
Lokasi: JOHOR, KEDAH, KELANTAN, W.PERSEKUTUAN (KL), MELAKA, NEGERI SEMBILAN, PAHANG, PUTRAJAYA, PERLIS, PULAU PINANG, PERAK, SELANGOR, TERENGGANU (SEMENANJUNG)